Ijazah Sarjana Muda Dietetik

Assalamualaikum w.b.t.

"Apa tu Dietetik.?" Aku syak mesti ramai yang tertanya-tanya soalan cenggini kan.? Pengurusan orang mati kah (sebab ada word DIEtetik).? tapi takkan lah nak uruskan orang mati sampai kene ambil Ijazah jugak. Memang seSANGAT jahil lah aku waktu tu.! Meh sini nak terang ;


Untuk menjadi seorang Dietitian (Pegawai Dietetik), korang perlu belajar dalam bidang pengajian dietetik iaitu Ijazah Sarjana Muda Dietetik / Sains Kesihatan (Dietetik) . (nama bergantung kepada Universiti tetapi modul pembelajaran sama sahaja). Kalau macam aku, sekarang ini aku belajar di Universiti Sains Malaysia (USM).

# Ijazah Sarjana Muda (ISM) Dietetik/Sains kesihatan (Dietetik)
Mungkin masih ramai lagi yang belum familiar dengan bidang pengajian dietetik ni. DIETetik ialah dari perkataan DIET itu sendiri yang menunjukkan fungsinya yang berasaskan sains fizikal, biological dan sains kelakuan dengan berfokuskan kepada makanan, pemakanan, terapi pemakanan perubatan, pengurusan makanan dan pemakanan komuniti. Sebagai contoh, ia melibatkan kajian pemakanan di hospital berkenaan jumlah kalori, serta kajian pemakanan untuk mencegah gaya hidup tidak sehat selain membuat kajian nutrisi sepatutnya untuk komuniti serta pesakit-pesakit mengikut penyakit yang di alaminya.

Program ini mengambil masa 4 tahun (sekali pakej praktikal di hospital). Terus terang aku bagitau, program ini korang akan banyak belajar MASAK.  ya, memang sangat menarik tapi makanan yang korang masak tu bukan untuk korang makan tapi untuk pesakit. korang tau lah macam mana rasa makanan pesakit kat hospital tu kan.? Sedap? ni jawab sendiri ye (mesti semua orang penah rasa, bila g melawat orang sakit kan? dah orang sakit tak makan, kita lah yang bedal!). wkwkwkw!

# Prosepek Kerjaya ISM Dietetik
Tentu ramai yang mushkil bila kuar nak jadi ape.? Tukang masak kah.? Memang ini yang akan kita fikirkan bila nak ambil masuk sesuatu bidang. ye dak? Jangan risau, sebenarnya kerjaya dietetik ni meluas tetapi kerjaya utamanya ialah menjadi seorang Pegawai Dietetik atau dalam bahasa inggeris, Dietitian (jawapan untuk soalan 'Kerja ape?' nampak kelas sikit kan.). haha!

Pegawai Kesihatan Dietetik merupakan kerjaya yang amat penting dalam perubatan di hospital dan pejabat kesihatan. Senang cite macam ni, ramai yang panggil Pegawai Dietetik ini seperti Doktor dalam bidang pemakanan untuk kesihatan. Biasanya akan mengenalpasti penyakit dan akan membuat sedikit kajian dan membuat saranan pemakanan (nasihat pemakanan) perlu bagi kes-kes kronik (obesiti, hypertension, jantung) untuk elakkan masalah akan terus parah.

# Pendapatan / Gaji Pegawai Dietetik
Hah, ni soklan yang paling femes lah di abad ini. Gaji ! Semua orang macam ni, kalau nak ambil kos ape-ape mesti tengok gaji bila kerja nanti kan.? Kalau gaji rendah walaupun minat, haram nak ambil kan.? (cakap depan cermin jugak). Sebenarnya, gaji Dietitak ni agak lumayan juga.

Sumber : Laman Web SPA (20 Jun 2012)
Ini update terbaru untuk gaji Dietetik untuk sektor kerajaan . Gaji permulaan (Gred U41) ialah RM 2,259.08. Ini gaji pokok (asas) dan tidak termasuk elaun-elaun lagi. Kalau termasuk elaun, berapa.? Haa, ni korang kira lah sendiri. (Lebih kurang RM 3,000). Cukup tak.? tak cukup g jadi Doktor!

# Perbezaan antara I.S.M Dietetik dan I.S.M Pemakanan
Mesti ramai yang menganggap Ijazah Sarjana Muda Dietetik ni sama dengan Ijazah Sarjana Muda Pemakanan (nutritionist). Sebenarnya tidak, kedua-duanya mempunyai perkaitan yang rapat dalam bidang makanan, tetapi Dietetitian lebih kepada perawatan dan nasihat pemakanan kepada orang-orang yang berpenyakit/sakit manakala Nutritionist lebih kepada nasihat pemakanan untuk orang-orang sihat dan juga menentukan tahap nutrisi yang perlu ada dalam makanan.

**Satu perkara yang korang perlu tahu, Dietitian boleh menjadi Nutritionist tetapi Nutritionist TIDAK boleh menjadi Dietitian. (Bukan nak berbangga atau mengangkat darjat, tapi ini adalah realiti) Ini kerana, pembelajaran kedua-duanya hampir sama tetapi Dietetik diberi latihan khas di hospital manakala pemakanan tidak. Sebab itu di UiTM, bidang dietetik dan pemakanan disatukan menjadi Ijazah Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik.

59 comments:

  1. nice info..keep it up moga ramai tak keliru lagi dengan dietetic n nutrition

    ReplyDelete
  2. u amek dietitian kat uitm ke? memang 4 taon ea?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia

      Delete
    2. Don't forget, Universiti Putra Malaysia pun ada dietetics.

      Delete
  4. Clear info...saya tgh cari maklumat utk cita2 anak2 saya..

    ReplyDelete
  5. klo dietetik kt uitm pointer at least brape ye?

    ReplyDelete
  6. boleh ke dari bachelor in nutrition nak proceed to master in dietetic and nutrition?

    ReplyDelete
  7. Salam..saya studnt umt under nutrition 1 year.kalau nk tukar ke uitm amk dietetics and nutrition blh x

    ReplyDelete
  8. tiada lagi pengambilan degree in nutrition and dietetics di uitm. hanya degree in dietetics.

    ReplyDelete
  9. akak, sy sgt2 nk amek dietetik tp x ckup syarat utk asasi sbb syarat ye nk C+ fizik, sy dpt C fizik. jd mcm mana laluan utk diploma? klu sy amek ISM dietetik kat uitm/uiam/usm/unisza,, diploma apa yg patut sy amek?

    ReplyDelete
  10. akak, sy sgt2 nk amek dietetik tp x ckup syarat utk asasi sbb syarat ye nk C+ fizik, sy dpt C fizik. jd mcm mana laluan utk diploma? klu sy amek ISM dietetik kat uitm/uiam/usm/unisza,, diploma apa yg patut sy amek?

    ReplyDelete
  11. Nice info,,,thanks for sharing

    ReplyDelete
  12. How can I contact you? I would like to ask some questions personally

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum akak . saya nak tanya sama ada pakar dietatik sama ke dengan pengawai kesihatan dietatik .saya harap akak balas dgn secepat mungkin . pleaseeeeeeee

    ReplyDelete
  14. dietetic ni lebih kepada physics ke biology? sebab saya tengah belajar diploma in science (applied science). semester 4 diploma saya nanti kena pilih sains biologi atau sains fizik. so pendapat akak mana yg saya patut pilih untuk further dalam bidang dietetic ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf mencelah, untuk dietetic dan nutrition science, adik lebih digalakkan untuk pilih sains biologi sebab kos ni berkait rapat dengan fungsi tubuh badan untuk menerima nutrien dan zat-zat makanan . kalau adik berminat untuk ke bahagian teknologi makanan mungkin boleh ambil sains fizik.

      Delete
  15. Apa beza teknologi makanan dengan dietetik ni?

    ReplyDelete
  16. Apa beza course teknologi makanan dengan dietetik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaoh beza, teknologi makanan lebih kepada penghasilan produk makanan berskala industri. Lebih kepada biologi dan kimia

      Delete
  17. Assalam, kena interview kan utk dietetik. Soalan apa ja yg slalu dtnya?

    ReplyDelete
  18. cgpa selalunye berape die nak ae?

    ReplyDelete
  19. can u tell me the needs or demands of dietitian or nutritionist in malaysia. do students who are currently studying nutrition have a promising job after graduation? http://www.blackhatforum.co

    ReplyDelete
    Replies
    1. There is no guarantee you can pursue job as a dietitian after graduated.only 10% can get a job in the dietetic field

      Delete
    2. yes no guarantee to be dietitian, but you can grab the chances to be dietitian if you are good in looking for internship or... dont focus only to working in gov , you may have your own business regarding to healthy lifestyle and diet. or.. you may be working in factory as nutritionist in food safety department

      Delete
  20. kalau amik dip teknologi makanan pastu nak amik degree dietetik ni boleh tak?

    ReplyDelete
  21. Kalau amik dip teknologi makanan atau dip biotechnology pastu nak sambung degree dietetik leh tak??

    ReplyDelete
  22. Kalau amik dip teknologi makanan atau dip biotechnology pastu nak sambung degree dietetik leh tak??

    ReplyDelete
  23. Kalau amik dip teknologi makanan atau dip biotechnology pastu nak sambung degree dietetik leh tak??

    ReplyDelete
  24. Salam...ada ke pjj untuk sarjana muda dietetik ni?

    ReplyDelete
  25. Salam...ada ke pjj untuk sarjana muda dietetik ni?

    ReplyDelete
  26. Salam...may i have your phone no..I need privacy talk with you..perhaps you will help me..:)

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum..saya nak tanya mcm mana ye iv dietetik usm dan soalan yang ditanya? saya agak nervous sbb saya dpt tmuduga usm

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  28. Salam. I'm currently studying dietetics at Usm. I just curious about the cgpa dean list for this course and the cgpa for the first class honours

    ReplyDelete
  29. hi. I nak tanya apa syarat khas kelayakan program ni. I'm a matriculation student and berminat dengan program ni

    ReplyDelete
  30. Kalau ijazah makanan Dan pemakanan Ada kaitan tak dengan dietetik ni

    ReplyDelete
  31. Salam... Nak tanya kalau ada diploma kejururawatan boleh sambung degree nie tak?

    ReplyDelete
  32. nak tanya sikit dietitician blh ke keje dgn atlet, maksud nye kwl ngan jaga pemkanan atlet?

    ReplyDelete
  33. Diploma Farmasi blh ka apply

    ReplyDelete
  34. Nk tnya ,brpa band MUET yg diperlukan utk muet utk graduate dlm dietetik

    ReplyDelete
  35. Nak tnye klau saya pelajar matrikulasi, tapi x ambil bio. amek fizik.dan kimia bleh x apply kos dietetik kt U

    ReplyDelete
  36. kalau diploma sains kejurulatihan boleh sambung degree dietetik ke?

    ReplyDelete
  37. So kalau mcm lepasan spm kan, kalau nk amik asasi, kena amik asasi apa utk smbung kpd course dietetik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh amik asasi sains.
      Harap membantu

      Delete
  38. Assalamualaikum. Kalau dari diploma, berapa ye pointer yang layak untuk mohon program ni?

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum,boleh ke klau tk ambik sains tulen tp brminat menceburi bidng ni?

    ReplyDelete
  40. Salam, nak tanya latihan kat hospital pada tahun akhir ke? dan selepas grad ada mcm kalau dr housemanship bfr boleh kerja selain kerajaan ke?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum saya nk tnya kalau student bukan sains boleh ke dapat dietician? saya dari diploma in management.Nampak jauh sgt

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum,saya nak tanya kalau lepas spm nk sambung diploma ,kena ambik diploma apa untuk sambung ke course dietetik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diploma sains or sains kesihatan i guess

      Delete
  43. salam, kalau macam saya sekarang ambil sains biology tulen dekat usm, boleh ke nak jadi dietitian?

    ReplyDelete
  44. persaingan sangat hebat. sekarang dietitian dah perlu berdaftar dan buat lesen. akta 774 AHP. Better ada degree dietetic dulu.

    ReplyDelete
  45. Salam, nak tnya dietitian kat usm ni kampus induk ke ?

    ReplyDelete